Akaun prospekkerjayashariah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

KOMBO RAKAMAN 8 INDUSTRI PROSPEK KERJAYA SHARIAH

KOMBO RAKAMAN 8 INDUSTRI PROSPEK KERJAYA SHARIAH

Anda seorang graduan bidang Pengajian Islam, Quran Sunnah, Shariah, Bahasa Arab, Undang-undang atau Muamalat/Ekonomi Islam?

Anda baru mendaftar pengajian sarjana muda atau asasi bagi bidang-bidang di atas?


"Bidang agama ni boleh kerja apa?”

Pernah anda mendapat soalan sebegini atau anda sendiri tertanya-tanya?

Saya sendiri pernah berada di tempat anda!

Namun alhamdulillah diberi peluang dan rezeki berkenalan dengan ramai profesional Shariah dalam pelbagai jenis bidang ketika belajar dan sehinggalah hari ini.


Rupanya terdapat banyak ruang dan peluang yang memerlukan graduan Shariah, dalam dan luar negara!


��Tahukah anda pada tahun 2005, MS 1900 telah diperkenalkan oleh SIRIM bagi menjadi Piawaian Shariah bagi syarikat-syarikat dan institusi seperti hospital di Malaysia.


��Tahukah anda proses mendapatkan sijil Halal JAKIM memerlukan kepakaran pegawai Halal daripada proses menghasilkan produk hinggalah penghantaran ke kedai. Pegawai halal sangat dicari oleh syarikat-syarikat bukan hanya makanan malah kosmetik, ubat-ubatan, dan banyak lagi.


��Tahukah anda juga pegawai Shariah di sektor kewangan pula tidak hanya terhad kepada Bank, malah diperlukan oleh Pusat Zakat, Koperasi, Pajak Gadai, syarikat Takaful dan banyak lagi!


��Tahukah anda Mahkamah Shariah penuh dengan penjawatan yang perlu diisi oleh para graduan Shariah?


��Tahukah anda Mahkamah Sivil hari ini juga berhajatkan graduan dan mereka yang berlatarbelakangkan Shariah?


��Tahukah anda graduan Shariah dan Bahasa Arab kini diperlukan di syarikat-syarikat teknologi antarabangsa seperti Google, Facebook, dan Tiktok?


��Tahukah anda ramai pengasas aplikasi digital (apps) memerlukan khidmat pegawai Shariah bagi kandungan-kandungan Shariah dan hari ini, ada pihak yang telah membina Robo-Advisor bagi menjawab persoalan-persoalan Shariah termasuk yang telah wujud Robo-Advisor bagi pelaburan patuh Shariah.


��Tahukah anda daripada platform kandungan dakwah di media sosial, selain daripada membantu mewujudkan dunia digital yang positif, anda juga boleh menjana pendapatan.


��Ramai graduan dan bakal graduan tidak mengetahui hakikat ini, betapa banyaknya ruang pekerjaan yang memerlukan khidmat dan kepakaran Shariah mereka!


Kami akan kongsikan perkara ini dengan ANDA!

Serta apakah tips temuduga dan terma biasa yang perlu dicari di Jobstreet atau portal-portal carian pekerjaan.


8 RAKAMAN WEBINAR menanti anda!


  1. Prospek Kerjaya Shariah dalam Industri Perubatan dan Hospital oleh Puan Asma’ Amatullah Hasanuddin, Pegawai Pematuhan Shariah Hospital Pakar An-Nur.
  2. Prospek Kerjaya Shariah dalam Industri Halal dan Ekonomi Halal oleh Tuan Hafidz Razali, Pegawai Eksekutif Halal, Syarikat Logistik Malaysia.
  3. Prospek Kerjaya Shariah dalam Industri Kewangan Islam oleh Ustaz Arham Merican, Ketua Jabatan Shariah dan Tadbirurus, Bursa Malaysia Berhad.
  4. Prospek Kerjaya Shariah dalam Mahkamah Shariah oleh Tuan Iz’aan Azalan, Pegum Syarie di Izaan Azalan @ Associates.
  5. Prospek Kerjaya Shariah dalam Mahkamah Sivil oleh Tuan Marwan Abdullah, Peguambela dan Peguamcara di Tetuan Mu’az Aiman Halem Auzan & Associates (MAHA Lawyers)
  6. Prospek Kerjaya Shariah dalam Industri Digital oleh Tuan Muhammad Zulhilmi Arif, Content Reviewer di Accenture
  7. Prospek Kerjaya Shariah dalam Industri Teknologi oleh Ts Siti Fatahiyah Mahamood, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari ACIS, UiTM
  8. Prospek Kerjaya Shariah dalam Dakwah Media Sosial oleh Tuan Zulkarnain Ahmad, Pengasas Kun Anta.


Semua panel adalah graduan Shariah dan kini berpengalaman dalam industri masing-masing, kami bawakan perkongsian 8 industri berbeza!


Tangkap layar perkongsian setiap satu industri:



Anda akan dikongsi:

• Realiti pekerjaan dalam setiap industri di atas bagi seorang graduan Shariah.

• Harapan majikan kepada seorang graduan Shariah.

• Kemahiran bagi seorang graduan Shariah yang dicari oleh majikan.

• Bahan-bahan yang perlu dikuasai yang tidak dikongsi di Universiti, tetapi penting dalam pekerjaan.

• Terma-terma atau posisi pekerjaan yang tersedia yang boleh dicari melalui portal-portal carian kerja.

• Tips melalui temuduga dengan berjaya dan mendapat pekerjaan.


��Tawaran ini juga merangkumi:

- Akses ke group telegram (Ruang iklan kerja berkaitan shariah)

- Sijil Penyertaan


Hampir 100 pelajar dan graduan Shariah telah mendapat manfaat siri-siri perkongsian ini.

Ini kata mereka:




Jangan lepaskan peluang!

Hanya dengan RM 50.00, anda mampu melakar perjalanan menuju masa depan anda dengan lebih tersusun dan jelas.